Tiny Techies (Ulangkaji Python, Html & Sql )

8 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Mac 2026, telah diadakan Tiny Techies (Ulangkaji PYTHON, HTML & SQL) bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem NADI book secara atas talian.

Sesi Ulangkaji Python, HTML dan SQL inin untuk sesi refresher kepada para pelajar sekolah menengah untuk mengukuhkan kemahiran asas pengaturcaraan dan pembangunan web. Secara umumnya, Python digunakan untuk menulis arahan program dan automasi kerana bahasanya mudah difahami dan fleksibel. HTML pula membina struktur asas laman sesawang dengan elemen seperti teks, imej dan pautan. Sementara itu, SQL berperanan mengurus serta memanipulasi data dalam pangkalan data. Gabungan ketiga-tiga kemahiran ini amat penting dalam pembangunan aplikasi laman sesawang yang lengkap dan berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali